Si PenGLiPurLaRa

My Photo
Aku tak bisa menjadi raja yang paling ditakuti Aku tak bisa tersenyum dan menangis...kalau tidak segalanya dariNYA

*CoLouR oF LiFe*


25/08/2011

Pisang! Oh Pisang!

Pisang oh pisang...
Mungkin ramai yang tergelak...tak pun besarkan mata...apabila aku cakap my faveret fruit now is Banana @ Pisang!!!
Suka ati le....tapi yang jelas....aku pun baru tau ni tau....
Sebab..kebelakangan ni aku agak risau ngan kesihatan aku...tambah2 plak berat badan dah sangat memberansangkan kenaikannya ni..hmmmm
Then..BF aku cadangkanlah...makan PISANG! Murah lagi senang didapati...hmmm kat kebun mak aku pun senang nak dapat..hehe
Sini aku nak share ngan korang sume...kebaikan Pisang Oh Pisang!

Pertama sekali..mari kita mengenali Pisang...
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlet terkenal dunia (aku time jadi atlet sekolah dulu pun selalu kena suruh makan pisang...). Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Info nutrisi pisang (Dalam 100g) :
  • 1.2g protein
  • 0.3g lemak
  • 17mg kalsium
  • 78mg karotin
  • 88mg kalium
  • 0.4g serat
  • 116kcal tenaga
  • 27.2g karbohidrat
Hehe...dari segi kesihatan,banyak.....
naa...kat sini aku ada senaraikan...bagi memberi semangat kepada korang supaya jadi pemakan/ penggemar pisang seperti aku

Khasiat pisang:
  • Mengurangkan Tekanan 
Merujuk kepada survey yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protein yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira. 
  • PMS
Vitamin B6 yang terkandung dalam pisang mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.
  • Anemia 
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia
  • Cirit-birit 
Kalium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit .
  • Kemurungan
Orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang 
  • Pening-pening
Cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap.
  • Tekanan Darah Tinggi
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar kalium yang tinggi garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah .
  •  Penghadaman
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar .
  • Untuk kecekapan minda 
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
  • Ketagihan rokok!!  
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.
  • Stress
Kalium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stress, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar kalium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi kalium.  
  • Obesiti 
Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil.  Jadi pisang adalah penawar baik!!

Haa....ini baru sedikit fakta tentang khasiat dan best nya jadi penggemar pisang...
So,apa lagi...?
Serbu pisang di pasar sekarang!!!

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Motivation

LilySlim - Personal pictureLilySlim Diet days tickers

Blow the candle again!!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers