Si PenGLiPurLaRa

My Photo
Aku tak bisa menjadi raja yang paling ditakuti Aku tak bisa tersenyum dan menangis...kalau tidak segalanya dariNYA

*CoLouR oF LiFe*


31/08/2011

Apa yang best buat Pagi-Pagi..??

 
  • MOTIVASI
Kita ni..kalau free2, suka sangat baca newspaper. Kadang2 time takda masa pun suka. Perbuatan ini lebih baik dielakkan. Ini adalah kerana sekiranya kita membaca surat khabar pada awal pagi, otak kita secara tidak langsung telah dibebani dengan permasalahan yang diceritakan. Ini juga akan mempengaruhi komitmen kita terhadap kerja yang kita bakal lakukan. Better, kalau ya pun nak membaca, bacalah buku2 yang berbentuk motivasi pada awal pagi untuk mencergaskan otak dan meningkatkan lagi komitmen terhadap kerja yang akan dilakukan.
  • BERDOA/ BERTAFAKUR
Ni la sebaik-baiknya dilakukan. Mengambil sedikit masa untuk bersama Yang Esa sejenak. Barulah tenang jiwa sebelum melangkah keluar dari rumah.
  • MERANCANG
Adalah lebih baik sekiranya kita amalkan ni untuk merancang perkara yang ingin dilakukan pada hari tersebut dari awal pagi lagi. Ini sebagai panduan dan membuatkan kehidupan kita lebih tersusun dan sistematik.   Matlamat tanpa perancangan pula tidak memberi sebarang makna. Jadi, rancanglah kehidupan anda untuk mencapai matlamat yang anda inginkan.
  • BERFIKIRAN POSITIF
Pemikiran pada awal pagi lah yang menentukan tahap kerja yang akan ditunjukkan pada hari itu. Bayangkan sekiranya pada awal2 pagi dah memikirkan masalah kerja, kewangan, keluarga atau sebagainya, adakah anda fikir anda mampu untuk menunjukkan hasil kerja yang terbaik yang boleh anda lakukan?? Tetapkan bahawa hari ini lebih baik daripada semalam. Ini mungkin mampu untuk mengatasi semua masalah yang bakal kita hadapi.
  • UDARA SEGAR
Udara segar merupakan terapi terbaik untuk otak. Sebaik-baiknya antara 5 hingga ke 10 minit diluangkan untuk menikmati udara segar pada awal pagi. Nikmatilah udara segar di sekeliling kita kerana in cara terbaik untuk menenangkan dan mendamaikan diri.
  • SARAPAN
Sarapan adalah sangat penting untuk gizi seimbang. Tetapi harus bijak memilih jenis sarapan yang perlu dimakan untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Dinasihatkan untuk mengambil makanan yang tidak terlalu berat,berkhasiat dan jangan makan terlalu kenyang ketika awal pagi. Ini adalah untuk mengelakkan daripada  cepat berasa mengantuk. Ini akan menjejaskan hasil kerja nanti.

Alahai...Kenapa macam tong deram??

Gemuk!!
Gedempol!!
Buncit...Boroi....
Waaaaarrgghhh...

Ramai yang mula stress ataupun kalau dah penat nak stress..wat tak tau lah..
hmm..maki  menjadi-jadi lah tu..huhu

Sebenarnya...banyak sebab yang boleh kita bendung daripada kita teruskan...
Hmm..gemuk ni baik..tapi...kalau terover tu yang jadi tak baik..tak baik untuk kesihatan...hmm..
Tak pun, nanti orang tak selesa nak nengok..lama-lama kita pun jadi tak selesa ngan cara orang tengok..
Mula-mula..mungkin boleh lah cakap,,,tak apa..tapi..lama-lama..menjadi pahit dalam hati..teros..'minder'..bak kata cakap Indon la ni..menyendiri...hmmm

Haa..ni aku nka share la..sebar musabab orang-orang menjadi gemuk terlampau ni...
  • Makanan tanpa lemak/bebas lemak!!
Haa..ramai yang balik2 baca kan....ape aku silap ka taip ni..hahah..no no no no...
Aku pun, mula-mula tak percaya, Tapi, hakikatnya sememangnya kandungan kalori didalam makanan rendah/bebas lemak adalah sedikit. Tetapi ia akan membuatkan seseorang untuk berasa lapar lebih cepat. Tidak semestinya makanan yang mengandungi banyak kalori kita perlu elak seratus peratus.Makanlah seimbang...
  • Terlebih/terkurang tidur
Menurut kajian, seorang yang tidur kurang daripada 5 jam akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 2 setengah kali ganda. Manakala seorang yang tidur melebihi daripada 8 jam pula akan meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Masalah tidur adalah merupakan punca gemuk yang utama.
  • Minum minuman bergas
Kajian mendapati bahawa seorang yang minum 1 atau 2 tin minumun bergas sehari akan meningkatkan punca gemuk sebanyak 33 peratus. Penyelidik membuat teori bahawa pemanis buatan akan meningkatkan lagi selera makan seseorang.
  • Skip makan
Kononnya nak kurus tapi, sebenarnya ini akan meningkatkan risiko punca gemuk. Ini kerana apabila tidak makan, ia akan melambatkan pergerakan metabolisme dan akan meransang seseorang untuk berasa lapar. Peratus untuk makan secara berlebihan pada hidangan seterusnya adalah tingg.
  • Makan melebihi had laju..
Haa..ni..kes makan terlalu cepat.Seseorang yang makan dengan cepat biasanya akan makan secara berlebihan. Ini kerana perut akan mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk memberitahu otak bahawa kita telah mendapatkan makanan yang secukupnya. Ia adalah merupakan punca gemuk utama yang ramai masih tidak sedari.

OUCH!!!!

Lelaki Oh Lelaki!!

Last entry...kita cakap2 tang wanita idaman lelaki...yang typikal la kan...
Haaa...kali ni..kita citer sal lelaki plak..hehe
Menurut survey yang telah aku dengar....kenbanyakan memang cakap macam ni...
tapi..kalau tak kena tu..maaf banyak la eh..
ni ada yang kena..ade yang tak kena la k..hehehe
Antara ciri2 yang wanita suka kat laki ni..ataupun..yang membuat hati para wanita ni tersentuh ni..haaa...tak semestinya...kaya..bijak..tampan..perghh..full pakej!! Tapi...yang macam ni....

  • Sopan
Sopan yang dimaksudkan bukanlah menjurus kepada perwatakan yang lembut, terlalu menjaga tingkahlaku dan sebagainya, ia lebih kepada cara mereka, cara bercakap,perbuatan..hehe.Ini mungkin disebabkan oleh sifat semulajadi wanita yang mudah terguris dengan kata-kata seorang lelaki.
  • Cara berpakaian
Bukan pompuan je kena jaga pemakaian, tetapi orang lain juga akan selesa untuk melihat lelaki yang  berpakaian kemas. Dari segi psikologi pula, ia adalah cara terbaik untuk orang sekeliling membuat tanggapan awal yang positif terhadap diri seseorang lelaki tuh.

  • Anak Jantan ler...
Haa...jangan lain pikir plak...ni maksudnya..pompuan suka laki-laki yang mampu or berkebolehan untuk melakukan kerja2 lelaki...Contohnya;bertukang, baiki kenderaan,kerja berat..hehe..kira camtu la..
  • Mampu berdikari
Haa..ni antara yang aku paling suka...matured lah lelaki yang boleh berdikari and hidup sendiri. Naa..sebagai pompuan, dia akan rasa lebih secure kalau lelaki tu pandai jaga diri, then mestilah ada tanggungjawab la tu kan..hehe
  • Berjaya memikat hati mak ayah 
Pompuan sangat mementingkan ibu bapa lah...so, dia sangat menitik beratkan perhubungan parents dia ngan bf die..hehe..so, kalau dah sorang mamat tu berjaya tawan ati parents dia...hmm..ada chance la wei..

  • Kelakar
Pompuan tak suka sunyi...suka dipujuk tapi bukan bermakna di rayu-rayu lah...Tapi kalau ada sense of humor..perghh..memang leh lembut lah...*tapi jangan lah yang terlampau..nanti kan makin parah*
  • Mengambil berat
Senang cerita...caring la tu...Pompuan ni mudah tersentuh. Apatah lagi dia sedar ada seorang prince charming ni sangat lah caring kat dia...adoii...memang nak senang nak scairkan ati dia..
  • Pegangan agama!!
Tugas besar seorang lelaki adalah untuk memimpin. Kepimpinan akan goyah sekiranya tiada satu pegangan yang kuat. Ia memang tidak boleh dinafikan.

27/08/2011

Wanita Idaman Lelaki!


Hai perempuan2 single ataupun Girlfriend2 yang ada di luar sana....pernah tak korang terfikir...apa ek ciri2 wanita idaman para lelaki...??
Hehe...aku tak pernah terfikir pon sebenarnya....tapi...dalam dua hari lepas...member aku ada tersebut...dia pernah kena reject sebab..dia tidak menepati ciri2 wanita idaman mamat yang dia minat tu...adusshhh!
Secara typikal la ek...ada 4 ciri2 wanita or perempuan yang laki ni suka..hehe..aku tau ni..sebab...rata2 member2 aku pun...lelaki..almost dorang ni pun..boifren orang..hahahha..so..ni kira hasil dari rungutan...and pujian dorang terhadap gefren2 dorang yang aku pernah terdengar..hehe...*tah apa kata boifren aku..kih3!!*
  • Tidak materialistik!
Walau sekaya manapun seseorang lelaki itu, lelaki tidak suka wanita yang materialistik. Seorang wanita yang meletakkan perhubungan atas dasar ini kebiasaannya tidak akan setia. Kesetiaan mereka terletak pada nilai wang ringgit. Semakin kaya lelaki itu semakin setialah wanita tersebut. Jika mereka telah jatuh muflis atau sebagainya, mungkin kesetiaan yang selama ini diberikan akan beralih arah. *kejam wanita macam ni...hmm..aku rasa aku tak macam ni*
  • Pandai memasak
Ramai geng2 wanita yang anggap benda ni cam benda remeh dan kuno, kononnya di zaman moden ni, tak ada lelaki yang kisah. Mungkin mereka silap, majoriti lelaki menyatakan bahawa ciri wanita idaman mereka adalah yang pandai memasak.  Sememangnya pendapat dahulu yang menyatakan kasih sayang seorang isteri terletak pada masakannya adalah sangat tepat dan ia pasti tidak akan berubah sama sekali sepanjang zaman.*beres!! makin menjadi2 lah gejala buncit di kalangan lelaki..hahaha*
  • Sederhana
Lelaki memang suka tengok wanita yang suka berlebih-lebihan, tetapi untuk perhubungan yang lebih serius, mereka lebih cenderung untuk memilih wanita yang bersederhana. Simple jer.Ini menunjukkan bahawa wanita yang berlebih-lebihan membawa perspektif negatif terhadap diri mereka sendiri. Lelaki lebih suka mempergunakan wanita seperti ini untuk kepuasan diri sendiri berbanding menganggap mereka sebagai satu tanggungjawab yang harus dipikul. *Guys tak suka yang over la beb...*
  • Setia
Walaupun lelaki tersebut seorang yang playboy, tetapi ciri wanita idaman mereka pasti seorang yang setia. Ia agak pelik bukan? tetapi itulah realiti. Mungkin geng2 gadis berasa ini tak adil, tapi cuba fikir banyak2, mungkin ada betulnya.

Nak cukupkan 24jam dalam sehari??

A man who dares to waste one hour of his time, has not yet discovered the value of life."Charles Darwin
Entry kali ni related ngan entry yang sebelum ni...
Hmm..yalah..memandangkan...remaja2 zaman sekarang ni...selalu wat complain...tak tau nak urus masa...huh!
Ni la...hasil dari pembacaan aku..aku share la kit...kat korang..sebab aku pon..antara orang yang sulit beno nak menguruskan masa yang ada...asyik2 jer terkurang...tak pun..terlebih! hahaha...ada pulak kan...tak pernah nak ngam2..
  • Untuk menjadi seorang yang bijak mengurus masa....kita..harus tahu dan sedar yang kita ni ada masalah untuk menguruskan masa... =)
Mengetahui bahawa anda mempunyai masalah pengurusan masa adalah langkah pertama untuk mengubah sikap anda.
  • Mengambil keputusan untuk berubah!
Apabila sudah mengetahui masalah sebenar, kita perlu mengambil keputusan untuk melakukan perubahan di dalam hidup. Keputusan yang telah diambil perlu disertakan dengan tindakan untuk mencapai sesuatu objektif yang telah ditetapkan. *nak berubah kena ada niat dan visi!!*
  • Tetapkan objektif
Usaha yang dilakukan untuk menjadi seorang yang lebih menghargai masa bukanlah satu perkara yang mudah untuk dicapai. Fokus!!!
  • Buat senarai tugas harian
Ni kira nak wat To Do List la ni...Membuat senarai yang harus dilakukan untuk diri sendiri adalah cara yang mudah untuk menguruskan masa dengan lebih baik. Catatkan apa yang harus dilakukan sepanjang hari. Pastikan senarai tugasan yang dilakukan mengikut terhadap kepentingan sesuatu perkara itu.*priority comes with importancy...*
  • Gunakan alat untuk memperingatkan...
Pasti ia merupakan satu kesukaran untuk otak mengingati segala tugasan harian yang perlu dilakukan.  Ia juga merupakan suatu perkara yang agak mustahil. Kita perlu bijak untuk menggunakan peralatan yang berada di sekeliling anda dengan lebih baik.  Sekarang kan masing2 ada handphone..canggih plak..takkan takde alarm atau reminder kot...hehe.
  •  YA atau TIDAK bertempat
Situasi macam ni memang sangat normal dalam kehidupan seharian.  Sangat susah nak menolak ajakan yang datang last minute, lebih2 ajakan untuk hal2 yang tah apa2....ye la..nak jaga hati orang yang ajak tu...Tapi, untuk menguruskan masa..kita harus disiplin dalam melakukan pilihan.Kalau ya nak pergi juga, pastikan ia takkan makan masa yang dah ditetapkan untuk kita wat kerja kita.
  • Sistematik
Rancang masa dengan bersistematik supaya kita dapat menikmati kepelbagaian kehidupan harian. Ini juga dapat membantu untuk mengelakkan kita daripada melalui kehidupan yang membosankan.

Kenapa Korang susah nak Menguruskan Masa??

Kita selalu dengar..."Aku takde masa lahhhh..".."Tengoklah..kalau aku free..."..."Akhir2 ni aku stress la..memang xda masa pun!!"
Tapi hakikatnya...semua makhluk yang ada kat dunia ni...ada 24/7..means..24 jam sehari..7 hari seminggu..yang bezanya...mungkin org2 kat sebelah utara dan selatan sana tu..ada masa dalam setahun diorang punya malam tu terlebih kit masa dari siangnya..haa..begitu juga sebaliknya...ini disebabkan bumi kita ni..Ellipse dan berputar pada paksi dia sendeng ( Figure of the Earth )
Haaa...
Berbalik kepada kenapa orang selalu tak cukup masa??? (termasuk aku..!)
  • Suka bercakap terlalu banyak...
Adalah sudah menjadi lumrah manusia untuk bercakap lebih banyak berbanding melihat dan mendengar. Menurut pakar psikologi, kebarangkalian seorang yang suka bercakap untuk fokus melakukan sesuatu tugasan adalah lebih sedikit berbanding orang yang suka melihat dan mendengar. Ini secara tidak langsung akan mengganggu pengurusan masa yang telah dirancang.
  • Nak pulun siapkan tugasan yang berlambak-lambak
Kita perlu tahu bahawa tugasan kerja anda sebenarnya tidak akan habis. Rancang masa kerja yang nak kita lakukan. Jangan cuba untuk lakukannya secara sekali gus. Ia bukan sahaja akan membebankan, malah ia turut akan menjadi penghalang untuk menikmati kehidupan yang lain. *One step in a time beb!!*
  • Serabut
Ini juga adalah merupakan faktor utama yang mengganggu pengurusan masa. Apabila bekerja dalam keadaan yang tidak teratur, kita tidak akan tahu bilakah sebenarnya tugasan akan selesai. Ia akan menyukarkan lagi untuk kita memperuntukkan masa terhadap tugasan yang perlu dilakukan. *jangan la clumsy sangat weii*
  •  Banyak berangan!!
Mungkin ada sesetengah orang menghadapi kesukaran untuk mereka fokus melakukan sesuatu tugasan. Apabila mereka sedang melakukan kerja, dalam masa yang singkat mereka akan mula berangan. Ini akan mengganggu terhadap tugasan yang sedang dilakukan. *watch out daydreamer...!*

Potongan Rambut Wanita yang lelaki suka!

KONONNYA.....!
Gambar Hiasan

Tapi...mungkin juga ooo..
Hehe...entry kali ni...sekali lagi cakap pasal...RAMBUT...
Ramai yang melabelkan rambut adalah mahkota wanita...heheh
So...kerajinan plak aku nak membuat research tang potongan2 yang kaum2 Adam ni suka.,..
tapi..mungkin tak semua la k...tapi yang aku list kan kat sini..kebanyakan...hehe

  • Rambut Lurus! 
Lelaki amat menggemari wanita yang berambut lurus. Ini kerana bagi pendapat mereka, wanita yang berambut lurus akan lebih terserlah ciri kewanitaan mereka.

  • Rambut panjang!
Wanita yang berambut panjang dikatakan membawa perwatakan yang lebih manja.
  • Rambut Pendek!
Potongan rambut jenis ini lebih sesuai untuk wanita yang bekerjaya.  Ini kerana ia lebih kemas dan mereka tidak mempunyai banyak masa untuk penjagaannya. Penjagaan rambut pendek adalah lebih mudah berbanding rambut panjang.
  • Bersanggul
Rambut yang bersanggul membawa perwatakan yang lebih kemas. Ia juga menyerlahkan kematangan seseorang wanita.
  • Rambut diikat satu (Pony Tail)
Kebiasaannya, wanita yang gemar untuk mengikat rambut mereka adalah seorang yang ringkas. Mereka tidak terlalu obses mengenai potongan rambut dan juga tidak mengabaikan kecantikan rambut mereka. Dengan kata lain, mereka merupakan seorang yang bersederhana.


25/08/2011

Pisang! Oh Pisang!

Pisang oh pisang...
Mungkin ramai yang tergelak...tak pun besarkan mata...apabila aku cakap my faveret fruit now is Banana @ Pisang!!!
Suka ati le....tapi yang jelas....aku pun baru tau ni tau....
Sebab..kebelakangan ni aku agak risau ngan kesihatan aku...tambah2 plak berat badan dah sangat memberansangkan kenaikannya ni..hmmmm
Then..BF aku cadangkanlah...makan PISANG! Murah lagi senang didapati...hmmm kat kebun mak aku pun senang nak dapat..hehe
Sini aku nak share ngan korang sume...kebaikan Pisang Oh Pisang!

Pertama sekali..mari kita mengenali Pisang...
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlet terkenal dunia (aku time jadi atlet sekolah dulu pun selalu kena suruh makan pisang...). Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Info nutrisi pisang (Dalam 100g) :
  • 1.2g protein
  • 0.3g lemak
  • 17mg kalsium
  • 78mg karotin
  • 88mg kalium
  • 0.4g serat
  • 116kcal tenaga
  • 27.2g karbohidrat
Hehe...dari segi kesihatan,banyak.....
naa...kat sini aku ada senaraikan...bagi memberi semangat kepada korang supaya jadi pemakan/ penggemar pisang seperti aku

Khasiat pisang:
  • Mengurangkan Tekanan 
Merujuk kepada survey yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protein yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira. 
  • PMS
Vitamin B6 yang terkandung dalam pisang mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.
  • Anemia 
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia
  • Cirit-birit 
Kalium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit .
  • Kemurungan
Orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang 
  • Pening-pening
Cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap.
  • Tekanan Darah Tinggi
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar kalium yang tinggi garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah .
  •  Penghadaman
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar .
  • Untuk kecekapan minda 
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
  • Ketagihan rokok!!  
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.
  • Stress
Kalium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stress, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar kalium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi kalium.  
  • Obesiti 
Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil.  Jadi pisang adalah penawar baik!!

Haa....ini baru sedikit fakta tentang khasiat dan best nya jadi penggemar pisang...
So,apa lagi...?
Serbu pisang di pasar sekarang!!!

 

24/08/2011

mari merehatkan mata dan minda (M&M)

Hello anda semua...
wish u people have a nice day...
anda boring??
penat??
ececehh..bunyi ai macam nak wat iklan ubat plak kan..
ni nak share kat korang...
mari berilusi bersama saya....
tak lama...kejap je...

 
haaaa....ini bukan ilusi...ini persahabatan...


hehe...relax lah...belum start nak berilusi lagi...ni naaa..

korang nampak seorang ke 2 orang?
pamain saxofon ke gadis cantek?
bukan sekadar pemandangan indah...tapi...hehe
ni yang payah kit...sure ke korang nampak BUNGA???
hehehe....itu baru nak test ketajaman mata....ni lagi...test ketajaman minda korang tu..selari tak ngan mata...

naaa....ular2 ni suma sedang bergerak dalam lingkaran.....TIDAK!!
apatah ni...bunga la...macam bergerak kan...tapi..TIDAK!!
nah...! amik ko...gelombang...yeke??? TIDAK!!!
basikal ni bergerak ek???
imej kali ni....perlukan korang..gerak kepala mendekat..menjauh...sambil melihat bintik kat tengah tuuu...hehe..amacam??

apa jadi sudah???
ada fening??
belum siap lagi..masih ada...ilusi baek punya....
ni nak menguji ketajaman fikiran sikit jeee....
korang sepatutnya nampak...'Liar' instead of muka orang
cuba la..dapat tak korang susun dadu jadi camni...??
hmm..payahnya..tah salah arktek ke..salah engineer design bangunan ni jadi macam ni...ish3~~
ini tikungan ke...corner??? means corner tu..bucu ke ?hehe
sekarang....mari kita cuba membaca dari hati....sambil mata kita kecik kan or..besarkan sebesar2nya...

OPTICAL or ILLUSION ??
VictoRY or DeFeat ??
sekarang....ini last....
sahkan bahawa otak korang ni..betul2 dapat memberi kerjasama pada mata...hehe

sebut warna perkataan tu....elakkan menyebut warna huruf tu...
hehe..cuba lah....pelan2 pun tak pa...
susahkan...sebab..otak kanan kita try nak sebut warna huruf tu...manakala otak kiri nak cakap ayat tu..

OK...sekian saja...penyegar minda (ataupun makin menyerabutkan niii...?) untuk kali ini...



23/08/2011

~Jangan Menyerah~

semalam...aku berborak2 lah ngan member..kat FB...sampailah terkeluar pekataan trend...
trend budak2 zaman sekarang ni...suka tido lewat....
ehk????
hahaha...aku sedar gak..aku memang selalu tido lewat..tapi aku tak rasa tu trend... 
semalam aku try la nak tido awal dari biasa...lagipun aku rasa..tido lewat ni ta baik untuk kesihatan..hmm...
nant naik sem...kne terpaksa lak nak tido lewat..stay up wat assignment...so elok2 da cuti cam ni...tido la awal aku weiii..
heheheh
tapi....
makin la aku nak melelapkan mata seawal mungkin....makin tu la banyak benda bermain2 di fikiran....
mula2 pasal C.I.N.T.A....ooooo leh...malas plak aku nak pikir....siang malam pikir sal menda yg sama...sometimes aku rasa rimas...
then..i wish to sleep la..da siap gayut gado2 ckit ngan bf..hehe..ckup la untuk hari ini....
tapi....hmm..tapi lagi...tak pat jugak terlelap...
ada lagi benda yg tak beres lam fikiran aku..huuhuhu
aku xpat titun....

fikiran aku dah jaoh menerawang....
meneliti masa depan..yg tah apa2 tah pas ni...
aku sedar...n ta mau fikir so heavy tentang ni...takot senteng plak otak...just follow the flow je...kununlahhh!
tapi....tiba2 aku rasa cam gelisah gundah yang teramat...
memandangkan kawan2...yang seangkatan..ada yang da keja...ada yang dah menyara kuarga...semua dah ada life masing2...di samping tu plak..ada jugak yg siap g tanya aku...'wehh..ko keje kat mane dah skang???'
walaweii...segan ai nak jawab...'belom keje ag...masih sunggoh cinta pada UTM..hehe'
tapi jaoh di lubok ati aku...perghhhhhhh.....hanya saya dan Sang Pencipta saya saja yang tahu 
sempat menyempat jugak aku terkenang....ada lecturer aku kat KML dolu..*namanya tak perlu sebut la oo*
dia cakap..dulu pun dia ni kes macam aku gak...then dia nekad sbb..tgok member2 dtg lawat dia kat utm..rata2 yang dah keje...xpun..master phd...hehe...
malu...nak positif cam ane?

then...sempat jugak aku tertanya2..'ape lah bleh jadi mcm ni..'...'tah macam na la aku ni nanti....malu lah...tak sanggup lah...'
apa tidak..dalam perkiraan secara kasar..sekarang ni..aku akan grad tahun 2013...!!
walao...25 doh umo ai masa tu..dah pertengahan usia...yahahahah
sempat sesak nafas ai ngenang...
lama2 aku dah berperang dengan kekusutan mental..sedar tak sedar...dah kul3 pagi..wow! *kalau aku tengok EPL tadi pun sempat..hmmm..apa lah*
then....datang lah satu pemikiran lagi kat otak ni...
'wehh..relax la beb..!relax bukan bermakna ko tak wat apa2...it's better than ko gelabah2 tak tentu pasal..n be so negative all the way n causing u doing nothing n gain nothing...!'
wow..what such an idea..oo..
then..terbit la...kata2 positif....
kalau aku teruskan je macam ni...berusaha dan terus mensyukuri apa yang ada...lagi bagoss...
dari aku membanding2 diri dengan org lain...ia akan buat aku makin down..ye tak kan...
 aku tak pernah salahkan sapa2...hehe..cuma aku rasa malu je...org lain cam berlumba2 nak grad...kerja...wahh..aku..still a student..nak cakap master...takkkk..degree masih..hehe
tapi...ni nilai positif yang terbayang kan pikiran aku...
  1. menurut kata sorang kawan aku...batch yg after kitorang ni..batch pandai2...then..course makin complicated...so...aku akan gain more knowledge and experience than my friends...*even aku lambat*
  2.  kalau aku extend to the max...mcm lam kiraan aku..aku ada peluang nak ulang gred subjek2 yg gred nye tah cam hampeh...haha..boleh la kasi up aku punya pointer...
  3. aku leh amik subjek tambahan....mcm mandarin ke...
  4. then..aku leh ikot Global outreach...hehehe..*kalau ada yang sudi nak bawa aku join la*
  5. then..my last subject..aku leh fokus..sebab..tu je subject...mcm membazirkan...takkkk..aku plan nak wat part time...nak try jadi RA...tak pun...try my best in outside company...yalah..cari experience...
  6. aku leh buktikan...lam resume aku..yang aku ni..bukan 'pengalah'...mungkin ramai orang mcm aku...takkan amik tindakan macam aku..or..just give up..!
  7. panjang gak aku pikir...sampai ke kalau aku ada anak cucu..ada lah buat pembakar semangat dorang...kalau hidup ni..tak selamanya...di atas..ada kalanya kita harus percaya sesuatau yang kita tak nampak...itulah IMAN...tapi..IMAN..tanpa perbuatan adalah suatu yang kosong...jadi perlukan usaha...
  8. hal tu sempat wat aku terkenang kata2 seorang lagi lecturer aku kat KML dulu...'Tuhan akan sentiasa memberi yang terbaik kepada org2 yang percaya dan bersandar padaNYA...sesuai dengan usaha orang itu sendiri..'..haaa..means worth the work! 
  9.  then...ada lagi..yang sempat terlintas di fikiran...aku terkenang kata2 seorang rakan a.k.a kakak lah...dia selalu bagi semangat kat aku hampir tiap kali selesai aku ikut team profetik...then..kata2 dia yang paling aku ingat..'melayanilah selagi ada peluang....lebih2 lagi masa student ni...banyak masa dapat diluangkan...nanti kerja...ada alasan yang tak dapat dielakkan...'...bukan maksud dia..kalau dah kerja...ta dapat melayani..tapi..means...hidup kan all about commitment...dari satu stage ke stage yg baru dalam hidup..tanggungjawab seorag insan itu semakin bertambah....kannn..
  10. lagi satu...aku sempat juga terfikir macam ni...di sampaing ramai2 kawan yang grad...happy hour is when u passed ur FYP...then...convocation comes!...tapi..apa yang kebanyakannya jadi...kelamaan plak menganggur...macam2 alasan yang company bagi...aku pun naik takot gak...rata2 kawan yang mcm tu...suma..yg result ok...ok dari aku...jadi..ini jadi satu motivasi positif buat aku..supaya..'grad jangan alang2...biar terasa kepuasan belajar...gain as much as u can...as long as it ur opportunity'
so.....dgn nilai2 positif seperti di atas...aku pun..bertekad jugalah...tekad yg tidak main2...tapi amin2..hehe
biar apa orang nak cakap...janji...aku tidak menyerah dalam apa yang aku perjuangkan...kerana aku percaya..sesuatu takkan bakal bermula..jika tiada akhir yang baik..kerana aku tahu aku memulakannya bersama DIA..dan bakal mengakhirinya dengan DIA....
naaa...macam sebuah lagu nyanyia D'Masiv ni...selalu aku dengar..aku download dulu..masa dekat2 exam...tapi..meaning dia sunggoh...pergghh..!terbaek dari ladang...super inspiring me..Jangan Menyerah 

jangan menyerah!
 

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

kita pasti pernah
dapatkan cobaan yang berat
seakan hidup ini
tak ada artinya lagi

syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik
tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
kebesaran dan kuasanya
bagi hambanya yang sabar
dan tak kenal putus asa


yang penting...segala sesuatu...harus ada target..naaa..target dah ada...
perlu ada prinsip...prinsipnya...
  • just follow the flow
  • God've planned the best
  • don't blame the moment
  • DON'T STOP BELIEVING...PRAY...AND GIVING THE BEST OF ME!!
point yang ke4 tu la inti yang paling tegar!!!!
hehe...sedar2...jam4 dah...badan dah rasa lenguh2....better aku tidur kataku...
then...night prayer...aku pun terlelap....

itulah ceritanya....JANGAN MENYERAH..!!
never..ever...ever...forever!



















21/08/2011

When i think and talk about hair....

Good day everyone..
Happy Sunday too..
syok nyer hujan2 macam ni...best minom2 nescafe...
kat tempat korang hujan kee?

entry kali ni...specially talk about my hairstyle...
oppss..taklah my nyer sangat..ada gak yg ai belum try..berangan je la ni...
sejak dua menjak..tahun kebelakangan ni...rambut panjang je aku..hehehe..
terpikir gak nak potong pendek...ala2 cute2..
haa....bukan macam ni...

haa..macam aweks ni....cun kann...tapi..seswai ke???
pernah gak ai terfikir...next time kalau ai cut..nak wat macam Rihanna....hehe
*hmmm..seswai sangatlah ni ngan kaler aku....hahahah*



















sepanjang tiga (3) tahun lebih dah ai nginang (pelihara lam cakap sarawak) rambut ai...
atas permintaan beberapa orang la ni..termasuk hehe..sape2 je lah....
lagi pun..nak gak try rambut panjang..macam sweet gak kan...terserlah keayuan...hehe
lagipun..macam2 style leh wat @ dressing kalau rambut panjang...
ai selalu try yang macam nii..

selalu try yang macam ni..masa dinner2..tak pun time ada majlis2 formal..hehe..macam Princess!
sebenar ai suke sangat nak try rambut macam Taylor Swift tuu...tapi..sodihnye..ta ade orang nak ajar aku wat...
i like this style sooooo muchy2!!
yang dulu wat rambut Princess tu pun..member aku yang ajar..(Imelda Mirat *wink2!!*)
rambut Taylor Swift tu...ada kawan pandai buat...tapi..sentiasa busy plak dia dengan business mengandam rambut..tatkala ai perlukan dia untuk wat rambut...(Cik Fronica Litad a.k.a Kak Limah la tuuuuu)
hmmm..
dah alang2 rambut panjang...kalau potong..nak tunggu panjang macam ni lagi..fuhhh..lama tu....
ai belum try lagi berambut curl..biar pun yang tak permanent..hehe
kalau ai nak curl kan..ai nak yang macam ala2 Agnes Monica...hehe
yang ni...curl dari atas...ai ta nak..ai nak yang curl kat bawah je..hehe..curl besar...
tapi..niat ai nak curl2 rambut ni..selalu disangkal oleh beberapa pihak..ya lah..macam watak jahat la kunun...tak pun..macam watak perampas...adoiiii...

apa pun...ai tetap suka juga ngan fesyen rambut yang ai tengah try sekarang ni...walapun macam tak jadi skit..tapi kadang2 jadi oooo..hehe
Fringe..! yang kadang2 ai letak ke tepi jugak...haha
 mak ai cakap macam anak penan ( aisshh..no offense ok..mean orang2 lama a.k.a jakun la ni...)
tu la..mak ai tak tau..BF ai suka ai wat rambut macam ni..heheheheh...
macam stail Indo dia cakap..dia ta pro Korea2 or HongKong2 ni..walau rambut dia ala2 HK or KPOP..yang sumtimes leh jadi macam ala Thailand kata Cik Elvyra..hehe

haa...ai la ni...the latest..stail fringe yang mencucuk2 mata ai..hehe
ni 2010 punya versi..hahaha..
haa..tu la angan2 dan kenyataan tentang HAIRSTYLE ai..kalau ada la cadangan baek...suggest la kat ai...korang yang tengok kan..nanti ai try la..tapi..yang seswai laaa ey..hehe

sekian buat kesekian kalinya...hehe

20/08/2011

-THE STORY-

 the story of us
by Jordanna Tillinghast
Two separate lives brought together
Our love and friendship shared forever.
The laughs, the love, even some tears
Were planned to be spent all our years.

Then one day things fell apart,

And time and hurt pulled at our heart.
"Together always," were words only said;
And reality was, it was all in our head.

But through it all, we truly shine;

It will be you and me till the end of time.
"I love you always," will now be said
and a great friendship waits ahead.
 


you + me = WE
no matter what!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Motivation

LilySlim - Personal pictureLilySlim Diet days tickers

Blow the candle again!!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers