|
A man who dares to waste one hour of his time, has not yet discovered the value of life."Charles Darwin |
Entry kali ni related ngan entry yang sebelum ni...
Hmm..yalah..memandangkan...remaja2 zaman sekarang ni...selalu wat complain...tak tau nak urus masa...huh!
Ni la...hasil dari pembacaan aku..aku share la kit...kat korang..sebab aku pon..antara orang yang sulit beno nak menguruskan masa yang ada...asyik2 jer terkurang...tak pun..terlebih! hahaha...ada pulak kan...tak pernah nak ngam2..
- Untuk menjadi seorang yang bijak mengurus masa....kita..harus tahu dan sedar yang kita ni ada masalah untuk menguruskan masa... =)
Mengetahui bahawa anda mempunyai masalah pengurusan masa adalah langkah pertama untuk mengubah sikap anda.
- Mengambil keputusan untuk berubah!
Apabila sudah mengetahui masalah sebenar, kita perlu mengambil keputusan untuk melakukan perubahan di dalam hidup. Keputusan yang telah diambil perlu disertakan dengan tindakan untuk mencapai sesuatu objektif yang telah ditetapkan. *
nak berubah kena ada niat dan visi!!*
Usaha yang dilakukan untuk menjadi seorang yang lebih menghargai masa bukanlah satu perkara yang mudah untuk dicapai.
Fokus!!!
- Buat senarai tugas harian
Ni kira nak wat
To Do List la ni...Membuat senarai yang harus dilakukan untuk diri sendiri adalah cara yang mudah untuk menguruskan masa dengan lebih baik. Catatkan apa yang harus dilakukan sepanjang hari. Pastikan senarai tugasan yang dilakukan mengikut terhadap kepentingan sesuatu perkara itu.*
priority comes with importancy...*
- Gunakan alat untuk memperingatkan...
Pasti ia merupakan satu kesukaran untuk otak mengingati segala tugasan harian yang perlu dilakukan. Ia juga merupakan suatu perkara yang agak mustahil. Kita perlu bijak untuk menggunakan peralatan yang berada di sekeliling anda dengan lebih baik.
Sekarang kan masing2 ada handphone..canggih plak..takkan takde alarm atau reminder kot...hehe.
Situasi macam ni memang sangat normal dalam kehidupan seharian. Sangat susah nak menolak ajakan yang datang
last minute, lebih2 ajakan untuk hal2 yang tah apa2....ye la..nak jaga hati orang yang ajak tu...Tapi, untuk menguruskan masa..kita harus disiplin dalam melakukan pilihan.
Kalau ya nak pergi juga, pastikan ia takkan makan masa yang dah ditetapkan untuk kita wat kerja kita.
Rancang masa dengan bersistematik supaya kita dapat menikmati kepelbagaian kehidupan harian. Ini juga dapat membantu untuk mengelakkan kita daripada melalui kehidupan yang membosankan.
0 apa kata mereka???:
Post a Comment