Si PenGLiPurLaRa

My Photo
Aku tak bisa menjadi raja yang paling ditakuti Aku tak bisa tersenyum dan menangis...kalau tidak segalanya dariNYA

*CoLouR oF LiFe*


Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

31/08/2011

Apa yang best buat Pagi-Pagi..??

 
  • MOTIVASI
Kita ni..kalau free2, suka sangat baca newspaper. Kadang2 time takda masa pun suka. Perbuatan ini lebih baik dielakkan. Ini adalah kerana sekiranya kita membaca surat khabar pada awal pagi, otak kita secara tidak langsung telah dibebani dengan permasalahan yang diceritakan. Ini juga akan mempengaruhi komitmen kita terhadap kerja yang kita bakal lakukan. Better, kalau ya pun nak membaca, bacalah buku2 yang berbentuk motivasi pada awal pagi untuk mencergaskan otak dan meningkatkan lagi komitmen terhadap kerja yang akan dilakukan.
  • BERDOA/ BERTAFAKUR
Ni la sebaik-baiknya dilakukan. Mengambil sedikit masa untuk bersama Yang Esa sejenak. Barulah tenang jiwa sebelum melangkah keluar dari rumah.
  • MERANCANG
Adalah lebih baik sekiranya kita amalkan ni untuk merancang perkara yang ingin dilakukan pada hari tersebut dari awal pagi lagi. Ini sebagai panduan dan membuatkan kehidupan kita lebih tersusun dan sistematik.   Matlamat tanpa perancangan pula tidak memberi sebarang makna. Jadi, rancanglah kehidupan anda untuk mencapai matlamat yang anda inginkan.
  • BERFIKIRAN POSITIF
Pemikiran pada awal pagi lah yang menentukan tahap kerja yang akan ditunjukkan pada hari itu. Bayangkan sekiranya pada awal2 pagi dah memikirkan masalah kerja, kewangan, keluarga atau sebagainya, adakah anda fikir anda mampu untuk menunjukkan hasil kerja yang terbaik yang boleh anda lakukan?? Tetapkan bahawa hari ini lebih baik daripada semalam. Ini mungkin mampu untuk mengatasi semua masalah yang bakal kita hadapi.
  • UDARA SEGAR
Udara segar merupakan terapi terbaik untuk otak. Sebaik-baiknya antara 5 hingga ke 10 minit diluangkan untuk menikmati udara segar pada awal pagi. Nikmatilah udara segar di sekeliling kita kerana in cara terbaik untuk menenangkan dan mendamaikan diri.
  • SARAPAN
Sarapan adalah sangat penting untuk gizi seimbang. Tetapi harus bijak memilih jenis sarapan yang perlu dimakan untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Dinasihatkan untuk mengambil makanan yang tidak terlalu berat,berkhasiat dan jangan makan terlalu kenyang ketika awal pagi. Ini adalah untuk mengelakkan daripada  cepat berasa mengantuk. Ini akan menjejaskan hasil kerja nanti.

27/08/2011

Nak cukupkan 24jam dalam sehari??

A man who dares to waste one hour of his time, has not yet discovered the value of life."Charles Darwin
Entry kali ni related ngan entry yang sebelum ni...
Hmm..yalah..memandangkan...remaja2 zaman sekarang ni...selalu wat complain...tak tau nak urus masa...huh!
Ni la...hasil dari pembacaan aku..aku share la kit...kat korang..sebab aku pon..antara orang yang sulit beno nak menguruskan masa yang ada...asyik2 jer terkurang...tak pun..terlebih! hahaha...ada pulak kan...tak pernah nak ngam2..
  • Untuk menjadi seorang yang bijak mengurus masa....kita..harus tahu dan sedar yang kita ni ada masalah untuk menguruskan masa... =)
Mengetahui bahawa anda mempunyai masalah pengurusan masa adalah langkah pertama untuk mengubah sikap anda.
  • Mengambil keputusan untuk berubah!
Apabila sudah mengetahui masalah sebenar, kita perlu mengambil keputusan untuk melakukan perubahan di dalam hidup. Keputusan yang telah diambil perlu disertakan dengan tindakan untuk mencapai sesuatu objektif yang telah ditetapkan. *nak berubah kena ada niat dan visi!!*
  • Tetapkan objektif
Usaha yang dilakukan untuk menjadi seorang yang lebih menghargai masa bukanlah satu perkara yang mudah untuk dicapai. Fokus!!!
  • Buat senarai tugas harian
Ni kira nak wat To Do List la ni...Membuat senarai yang harus dilakukan untuk diri sendiri adalah cara yang mudah untuk menguruskan masa dengan lebih baik. Catatkan apa yang harus dilakukan sepanjang hari. Pastikan senarai tugasan yang dilakukan mengikut terhadap kepentingan sesuatu perkara itu.*priority comes with importancy...*
  • Gunakan alat untuk memperingatkan...
Pasti ia merupakan satu kesukaran untuk otak mengingati segala tugasan harian yang perlu dilakukan.  Ia juga merupakan suatu perkara yang agak mustahil. Kita perlu bijak untuk menggunakan peralatan yang berada di sekeliling anda dengan lebih baik.  Sekarang kan masing2 ada handphone..canggih plak..takkan takde alarm atau reminder kot...hehe.
  •  YA atau TIDAK bertempat
Situasi macam ni memang sangat normal dalam kehidupan seharian.  Sangat susah nak menolak ajakan yang datang last minute, lebih2 ajakan untuk hal2 yang tah apa2....ye la..nak jaga hati orang yang ajak tu...Tapi, untuk menguruskan masa..kita harus disiplin dalam melakukan pilihan.Kalau ya nak pergi juga, pastikan ia takkan makan masa yang dah ditetapkan untuk kita wat kerja kita.
  • Sistematik
Rancang masa dengan bersistematik supaya kita dapat menikmati kepelbagaian kehidupan harian. Ini juga dapat membantu untuk mengelakkan kita daripada melalui kehidupan yang membosankan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Motivation

LilySlim - Personal pictureLilySlim Diet days tickers

Blow the candle again!!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers