Kita ni..kalau free2, suka sangat baca newspaper. Kadang2 time takda masa pun suka. Perbuatan ini lebih baik dielakkan. Ini adalah kerana sekiranya kita membaca surat khabar pada awal pagi, otak kita secara tidak langsung telah dibebani dengan permasalahan yang diceritakan. Ini juga akan mempengaruhi komitmen kita terhadap kerja yang kita bakal lakukan. Better, kalau ya pun nak membaca, bacalah buku2 yang berbentuk motivasi pada awal pagi untuk mencergaskan otak dan meningkatkan lagi komitmen terhadap kerja yang akan dilakukan.
Ni la sebaik-baiknya dilakukan. Mengambil sedikit masa untuk bersama Yang Esa sejenak. Barulah tenang jiwa sebelum melangkah keluar dari rumah.
Adalah lebih baik sekiranya kita amalkan ni untuk merancang perkara yang ingin dilakukan pada hari tersebut dari awal pagi lagi. Ini sebagai panduan dan membuatkan kehidupan kita lebih tersusun dan sistematik. Matlamat tanpa perancangan pula tidak memberi sebarang makna. Jadi, rancanglah kehidupan anda untuk mencapai matlamat yang anda inginkan.
Pemikiran pada awal pagi lah yang menentukan tahap kerja yang akan ditunjukkan pada hari itu. Bayangkan sekiranya pada awal2 pagi dah memikirkan masalah kerja, kewangan, keluarga atau sebagainya, adakah anda fikir anda mampu untuk menunjukkan hasil kerja yang terbaik yang boleh anda lakukan?? Tetapkan bahawa hari ini lebih baik daripada semalam. Ini mungkin mampu untuk mengatasi semua masalah yang bakal kita hadapi.
Udara segar merupakan terapi terbaik untuk otak. Sebaik-baiknya antara 5 hingga ke 10 minit diluangkan untuk menikmati udara segar pada awal pagi. Nikmatilah udara segar di sekeliling kita kerana in cara terbaik untuk menenangkan dan mendamaikan diri.
Sarapan adalah sangat penting untuk gizi seimbang. Tetapi harus bijak memilih jenis sarapan yang perlu dimakan untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Dinasihatkan untuk mengambil makanan yang tidak terlalu berat,berkhasiat dan jangan makan terlalu kenyang ketika awal pagi. Ini adalah untuk mengelakkan daripada cepat berasa mengantuk. Ini akan menjejaskan hasil kerja nanti.
0 apa kata mereka???:
Post a Comment