Si PenGLiPurLaRa

My Photo
Aku tak bisa menjadi raja yang paling ditakuti Aku tak bisa tersenyum dan menangis...kalau tidak segalanya dariNYA

*CoLouR oF LiFe*


31/08/2011

Alahai...Kenapa macam tong deram??

Gemuk!!
Gedempol!!
Buncit...Boroi....
Waaaaarrgghhh...

Ramai yang mula stress ataupun kalau dah penat nak stress..wat tak tau lah..
hmm..maki  menjadi-jadi lah tu..huhu

Sebenarnya...banyak sebab yang boleh kita bendung daripada kita teruskan...
Hmm..gemuk ni baik..tapi...kalau terover tu yang jadi tak baik..tak baik untuk kesihatan...hmm..
Tak pun, nanti orang tak selesa nak nengok..lama-lama kita pun jadi tak selesa ngan cara orang tengok..
Mula-mula..mungkin boleh lah cakap,,,tak apa..tapi..lama-lama..menjadi pahit dalam hati..teros..'minder'..bak kata cakap Indon la ni..menyendiri...hmmm

Haa..ni aku nka share la..sebar musabab orang-orang menjadi gemuk terlampau ni...
  • Makanan tanpa lemak/bebas lemak!!
Haa..ramai yang balik2 baca kan....ape aku silap ka taip ni..hahah..no no no no...
Aku pun, mula-mula tak percaya, Tapi, hakikatnya sememangnya kandungan kalori didalam makanan rendah/bebas lemak adalah sedikit. Tetapi ia akan membuatkan seseorang untuk berasa lapar lebih cepat. Tidak semestinya makanan yang mengandungi banyak kalori kita perlu elak seratus peratus.Makanlah seimbang...
  • Terlebih/terkurang tidur
Menurut kajian, seorang yang tidur kurang daripada 5 jam akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 2 setengah kali ganda. Manakala seorang yang tidur melebihi daripada 8 jam pula akan meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Masalah tidur adalah merupakan punca gemuk yang utama.
  • Minum minuman bergas
Kajian mendapati bahawa seorang yang minum 1 atau 2 tin minumun bergas sehari akan meningkatkan punca gemuk sebanyak 33 peratus. Penyelidik membuat teori bahawa pemanis buatan akan meningkatkan lagi selera makan seseorang.
  • Skip makan
Kononnya nak kurus tapi, sebenarnya ini akan meningkatkan risiko punca gemuk. Ini kerana apabila tidak makan, ia akan melambatkan pergerakan metabolisme dan akan meransang seseorang untuk berasa lapar. Peratus untuk makan secara berlebihan pada hidangan seterusnya adalah tingg.
  • Makan melebihi had laju..
Haa..ni..kes makan terlalu cepat.Seseorang yang makan dengan cepat biasanya akan makan secara berlebihan. Ini kerana perut akan mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk memberitahu otak bahawa kita telah mendapatkan makanan yang secukupnya. Ia adalah merupakan punca gemuk utama yang ramai masih tidak sedari.

OUCH!!!!

0 apa kata mereka???:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Motivation

LilySlim - Personal pictureLilySlim Diet days tickers

Blow the candle again!!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers