Si PenGLiPurLaRa

My Photo
Aku tak bisa menjadi raja yang paling ditakuti Aku tak bisa tersenyum dan menangis...kalau tidak segalanya dariNYA

*CoLouR oF LiFe*


Showing posts with label Masa. Show all posts
Showing posts with label Masa. Show all posts

27/08/2011

Nak cukupkan 24jam dalam sehari??

A man who dares to waste one hour of his time, has not yet discovered the value of life."Charles Darwin
Entry kali ni related ngan entry yang sebelum ni...
Hmm..yalah..memandangkan...remaja2 zaman sekarang ni...selalu wat complain...tak tau nak urus masa...huh!
Ni la...hasil dari pembacaan aku..aku share la kit...kat korang..sebab aku pon..antara orang yang sulit beno nak menguruskan masa yang ada...asyik2 jer terkurang...tak pun..terlebih! hahaha...ada pulak kan...tak pernah nak ngam2..
  • Untuk menjadi seorang yang bijak mengurus masa....kita..harus tahu dan sedar yang kita ni ada masalah untuk menguruskan masa... =)
Mengetahui bahawa anda mempunyai masalah pengurusan masa adalah langkah pertama untuk mengubah sikap anda.
  • Mengambil keputusan untuk berubah!
Apabila sudah mengetahui masalah sebenar, kita perlu mengambil keputusan untuk melakukan perubahan di dalam hidup. Keputusan yang telah diambil perlu disertakan dengan tindakan untuk mencapai sesuatu objektif yang telah ditetapkan. *nak berubah kena ada niat dan visi!!*
  • Tetapkan objektif
Usaha yang dilakukan untuk menjadi seorang yang lebih menghargai masa bukanlah satu perkara yang mudah untuk dicapai. Fokus!!!
  • Buat senarai tugas harian
Ni kira nak wat To Do List la ni...Membuat senarai yang harus dilakukan untuk diri sendiri adalah cara yang mudah untuk menguruskan masa dengan lebih baik. Catatkan apa yang harus dilakukan sepanjang hari. Pastikan senarai tugasan yang dilakukan mengikut terhadap kepentingan sesuatu perkara itu.*priority comes with importancy...*
  • Gunakan alat untuk memperingatkan...
Pasti ia merupakan satu kesukaran untuk otak mengingati segala tugasan harian yang perlu dilakukan.  Ia juga merupakan suatu perkara yang agak mustahil. Kita perlu bijak untuk menggunakan peralatan yang berada di sekeliling anda dengan lebih baik.  Sekarang kan masing2 ada handphone..canggih plak..takkan takde alarm atau reminder kot...hehe.
  •  YA atau TIDAK bertempat
Situasi macam ni memang sangat normal dalam kehidupan seharian.  Sangat susah nak menolak ajakan yang datang last minute, lebih2 ajakan untuk hal2 yang tah apa2....ye la..nak jaga hati orang yang ajak tu...Tapi, untuk menguruskan masa..kita harus disiplin dalam melakukan pilihan.Kalau ya nak pergi juga, pastikan ia takkan makan masa yang dah ditetapkan untuk kita wat kerja kita.
  • Sistematik
Rancang masa dengan bersistematik supaya kita dapat menikmati kepelbagaian kehidupan harian. Ini juga dapat membantu untuk mengelakkan kita daripada melalui kehidupan yang membosankan.

Kenapa Korang susah nak Menguruskan Masa??

Kita selalu dengar..."Aku takde masa lahhhh..".."Tengoklah..kalau aku free..."..."Akhir2 ni aku stress la..memang xda masa pun!!"
Tapi hakikatnya...semua makhluk yang ada kat dunia ni...ada 24/7..means..24 jam sehari..7 hari seminggu..yang bezanya...mungkin org2 kat sebelah utara dan selatan sana tu..ada masa dalam setahun diorang punya malam tu terlebih kit masa dari siangnya..haa..begitu juga sebaliknya...ini disebabkan bumi kita ni..Ellipse dan berputar pada paksi dia sendeng ( Figure of the Earth )
Haaa...
Berbalik kepada kenapa orang selalu tak cukup masa??? (termasuk aku..!)
  • Suka bercakap terlalu banyak...
Adalah sudah menjadi lumrah manusia untuk bercakap lebih banyak berbanding melihat dan mendengar. Menurut pakar psikologi, kebarangkalian seorang yang suka bercakap untuk fokus melakukan sesuatu tugasan adalah lebih sedikit berbanding orang yang suka melihat dan mendengar. Ini secara tidak langsung akan mengganggu pengurusan masa yang telah dirancang.
  • Nak pulun siapkan tugasan yang berlambak-lambak
Kita perlu tahu bahawa tugasan kerja anda sebenarnya tidak akan habis. Rancang masa kerja yang nak kita lakukan. Jangan cuba untuk lakukannya secara sekali gus. Ia bukan sahaja akan membebankan, malah ia turut akan menjadi penghalang untuk menikmati kehidupan yang lain. *One step in a time beb!!*
  • Serabut
Ini juga adalah merupakan faktor utama yang mengganggu pengurusan masa. Apabila bekerja dalam keadaan yang tidak teratur, kita tidak akan tahu bilakah sebenarnya tugasan akan selesai. Ia akan menyukarkan lagi untuk kita memperuntukkan masa terhadap tugasan yang perlu dilakukan. *jangan la clumsy sangat weii*
  •  Banyak berangan!!
Mungkin ada sesetengah orang menghadapi kesukaran untuk mereka fokus melakukan sesuatu tugasan. Apabila mereka sedang melakukan kerja, dalam masa yang singkat mereka akan mula berangan. Ini akan mengganggu terhadap tugasan yang sedang dilakukan. *watch out daydreamer...!*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Motivation

LilySlim - Personal pictureLilySlim Diet days tickers

Blow the candle again!!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers