Si PenGLiPurLaRa

My Photo
Aku tak bisa menjadi raja yang paling ditakuti Aku tak bisa tersenyum dan menangis...kalau tidak segalanya dariNYA

*CoLouR oF LiFe*


27/08/2011

Kenapa Korang susah nak Menguruskan Masa??

Kita selalu dengar..."Aku takde masa lahhhh..".."Tengoklah..kalau aku free..."..."Akhir2 ni aku stress la..memang xda masa pun!!"
Tapi hakikatnya...semua makhluk yang ada kat dunia ni...ada 24/7..means..24 jam sehari..7 hari seminggu..yang bezanya...mungkin org2 kat sebelah utara dan selatan sana tu..ada masa dalam setahun diorang punya malam tu terlebih kit masa dari siangnya..haa..begitu juga sebaliknya...ini disebabkan bumi kita ni..Ellipse dan berputar pada paksi dia sendeng ( Figure of the Earth )
Haaa...
Berbalik kepada kenapa orang selalu tak cukup masa??? (termasuk aku..!)
  • Suka bercakap terlalu banyak...
Adalah sudah menjadi lumrah manusia untuk bercakap lebih banyak berbanding melihat dan mendengar. Menurut pakar psikologi, kebarangkalian seorang yang suka bercakap untuk fokus melakukan sesuatu tugasan adalah lebih sedikit berbanding orang yang suka melihat dan mendengar. Ini secara tidak langsung akan mengganggu pengurusan masa yang telah dirancang.
  • Nak pulun siapkan tugasan yang berlambak-lambak
Kita perlu tahu bahawa tugasan kerja anda sebenarnya tidak akan habis. Rancang masa kerja yang nak kita lakukan. Jangan cuba untuk lakukannya secara sekali gus. Ia bukan sahaja akan membebankan, malah ia turut akan menjadi penghalang untuk menikmati kehidupan yang lain. *One step in a time beb!!*
  • Serabut
Ini juga adalah merupakan faktor utama yang mengganggu pengurusan masa. Apabila bekerja dalam keadaan yang tidak teratur, kita tidak akan tahu bilakah sebenarnya tugasan akan selesai. Ia akan menyukarkan lagi untuk kita memperuntukkan masa terhadap tugasan yang perlu dilakukan. *jangan la clumsy sangat weii*
  •  Banyak berangan!!
Mungkin ada sesetengah orang menghadapi kesukaran untuk mereka fokus melakukan sesuatu tugasan. Apabila mereka sedang melakukan kerja, dalam masa yang singkat mereka akan mula berangan. Ini akan mengganggu terhadap tugasan yang sedang dilakukan. *watch out daydreamer...!*

0 apa kata mereka???:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Motivation

LilySlim - Personal pictureLilySlim Diet days tickers

Blow the candle again!!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers