Si PenGLiPurLaRa

My Photo
Aku tak bisa menjadi raja yang paling ditakuti Aku tak bisa tersenyum dan menangis...kalau tidak segalanya dariNYA

*CoLouR oF LiFe*


Showing posts with label Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Lelaki. Show all posts

31/08/2011

Lelaki Oh Lelaki!!

Last entry...kita cakap2 tang wanita idaman lelaki...yang typikal la kan...
Haaa...kali ni..kita citer sal lelaki plak..hehe
Menurut survey yang telah aku dengar....kenbanyakan memang cakap macam ni...
tapi..kalau tak kena tu..maaf banyak la eh..
ni ada yang kena..ade yang tak kena la k..hehehe
Antara ciri2 yang wanita suka kat laki ni..ataupun..yang membuat hati para wanita ni tersentuh ni..haaa...tak semestinya...kaya..bijak..tampan..perghh..full pakej!! Tapi...yang macam ni....

  • Sopan
Sopan yang dimaksudkan bukanlah menjurus kepada perwatakan yang lembut, terlalu menjaga tingkahlaku dan sebagainya, ia lebih kepada cara mereka, cara bercakap,perbuatan..hehe.Ini mungkin disebabkan oleh sifat semulajadi wanita yang mudah terguris dengan kata-kata seorang lelaki.
  • Cara berpakaian
Bukan pompuan je kena jaga pemakaian, tetapi orang lain juga akan selesa untuk melihat lelaki yang  berpakaian kemas. Dari segi psikologi pula, ia adalah cara terbaik untuk orang sekeliling membuat tanggapan awal yang positif terhadap diri seseorang lelaki tuh.

  • Anak Jantan ler...
Haa...jangan lain pikir plak...ni maksudnya..pompuan suka laki-laki yang mampu or berkebolehan untuk melakukan kerja2 lelaki...Contohnya;bertukang, baiki kenderaan,kerja berat..hehe..kira camtu la..
  • Mampu berdikari
Haa..ni antara yang aku paling suka...matured lah lelaki yang boleh berdikari and hidup sendiri. Naa..sebagai pompuan, dia akan rasa lebih secure kalau lelaki tu pandai jaga diri, then mestilah ada tanggungjawab la tu kan..hehe
  • Berjaya memikat hati mak ayah 
Pompuan sangat mementingkan ibu bapa lah...so, dia sangat menitik beratkan perhubungan parents dia ngan bf die..hehe..so, kalau dah sorang mamat tu berjaya tawan ati parents dia...hmm..ada chance la wei..

  • Kelakar
Pompuan tak suka sunyi...suka dipujuk tapi bukan bermakna di rayu-rayu lah...Tapi kalau ada sense of humor..perghh..memang leh lembut lah...*tapi jangan lah yang terlampau..nanti kan makin parah*
  • Mengambil berat
Senang cerita...caring la tu...Pompuan ni mudah tersentuh. Apatah lagi dia sedar ada seorang prince charming ni sangat lah caring kat dia...adoii...memang nak senang nak scairkan ati dia..
  • Pegangan agama!!
Tugas besar seorang lelaki adalah untuk memimpin. Kepimpinan akan goyah sekiranya tiada satu pegangan yang kuat. Ia memang tidak boleh dinafikan.

27/08/2011

Wanita Idaman Lelaki!


Hai perempuan2 single ataupun Girlfriend2 yang ada di luar sana....pernah tak korang terfikir...apa ek ciri2 wanita idaman para lelaki...??
Hehe...aku tak pernah terfikir pon sebenarnya....tapi...dalam dua hari lepas...member aku ada tersebut...dia pernah kena reject sebab..dia tidak menepati ciri2 wanita idaman mamat yang dia minat tu...adusshhh!
Secara typikal la ek...ada 4 ciri2 wanita or perempuan yang laki ni suka..hehe..aku tau ni..sebab...rata2 member2 aku pun...lelaki..almost dorang ni pun..boifren orang..hahahha..so..ni kira hasil dari rungutan...and pujian dorang terhadap gefren2 dorang yang aku pernah terdengar..hehe...*tah apa kata boifren aku..kih3!!*
  • Tidak materialistik!
Walau sekaya manapun seseorang lelaki itu, lelaki tidak suka wanita yang materialistik. Seorang wanita yang meletakkan perhubungan atas dasar ini kebiasaannya tidak akan setia. Kesetiaan mereka terletak pada nilai wang ringgit. Semakin kaya lelaki itu semakin setialah wanita tersebut. Jika mereka telah jatuh muflis atau sebagainya, mungkin kesetiaan yang selama ini diberikan akan beralih arah. *kejam wanita macam ni...hmm..aku rasa aku tak macam ni*
  • Pandai memasak
Ramai geng2 wanita yang anggap benda ni cam benda remeh dan kuno, kononnya di zaman moden ni, tak ada lelaki yang kisah. Mungkin mereka silap, majoriti lelaki menyatakan bahawa ciri wanita idaman mereka adalah yang pandai memasak.  Sememangnya pendapat dahulu yang menyatakan kasih sayang seorang isteri terletak pada masakannya adalah sangat tepat dan ia pasti tidak akan berubah sama sekali sepanjang zaman.*beres!! makin menjadi2 lah gejala buncit di kalangan lelaki..hahaha*
  • Sederhana
Lelaki memang suka tengok wanita yang suka berlebih-lebihan, tetapi untuk perhubungan yang lebih serius, mereka lebih cenderung untuk memilih wanita yang bersederhana. Simple jer.Ini menunjukkan bahawa wanita yang berlebih-lebihan membawa perspektif negatif terhadap diri mereka sendiri. Lelaki lebih suka mempergunakan wanita seperti ini untuk kepuasan diri sendiri berbanding menganggap mereka sebagai satu tanggungjawab yang harus dipikul. *Guys tak suka yang over la beb...*
  • Setia
Walaupun lelaki tersebut seorang yang playboy, tetapi ciri wanita idaman mereka pasti seorang yang setia. Ia agak pelik bukan? tetapi itulah realiti. Mungkin geng2 gadis berasa ini tak adil, tapi cuba fikir banyak2, mungkin ada betulnya.

Potongan Rambut Wanita yang lelaki suka!

KONONNYA.....!
Gambar Hiasan

Tapi...mungkin juga ooo..
Hehe...entry kali ni...sekali lagi cakap pasal...RAMBUT...
Ramai yang melabelkan rambut adalah mahkota wanita...heheh
So...kerajinan plak aku nak membuat research tang potongan2 yang kaum2 Adam ni suka.,..
tapi..mungkin tak semua la k...tapi yang aku list kan kat sini..kebanyakan...hehe

  • Rambut Lurus! 
Lelaki amat menggemari wanita yang berambut lurus. Ini kerana bagi pendapat mereka, wanita yang berambut lurus akan lebih terserlah ciri kewanitaan mereka.

  • Rambut panjang!
Wanita yang berambut panjang dikatakan membawa perwatakan yang lebih manja.
  • Rambut Pendek!
Potongan rambut jenis ini lebih sesuai untuk wanita yang bekerjaya.  Ini kerana ia lebih kemas dan mereka tidak mempunyai banyak masa untuk penjagaannya. Penjagaan rambut pendek adalah lebih mudah berbanding rambut panjang.
  • Bersanggul
Rambut yang bersanggul membawa perwatakan yang lebih kemas. Ia juga menyerlahkan kematangan seseorang wanita.
  • Rambut diikat satu (Pony Tail)
Kebiasaannya, wanita yang gemar untuk mengikat rambut mereka adalah seorang yang ringkas. Mereka tidak terlalu obses mengenai potongan rambut dan juga tidak mengabaikan kecantikan rambut mereka. Dengan kata lain, mereka merupakan seorang yang bersederhana.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Motivation

LilySlim - Personal pictureLilySlim Diet days tickers

Blow the candle again!!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers